Koleksi Gambar Masjid Yang Sangat Cool
Home » » Koleksi Gambar Masjid Yang Sangat Cool

Koleksi Gambar Masjid Yang Sangat Cool


Salah satu keunikkan Malaysia adalah penduduk berbilang bangsa dan agama.Setiap penduduk mempunyai kepercayaan yang berbeza tetapi masing-masing menghormati kepercayaan antara satu sama lain.Di Malaysia,Agama Islam adalah agama rasmi dan sebahagian besar penduduknya adalah beragama Islam.Sinonim dengan agama Islam Masjid.Masjid merupakan tempat ibadat umat Islam dan di Malaysia terdapat banyak masjid-masjid yang dibina dengan pelbagai reka bentuk dan seni.

Jadi kali ini saya ingin kongsikan 5 Masjid Tercantik Di Malaysia


Masjid yang terletak di Kuala Kangsar, Perak ini antara masjid yang tercantik di dunia. Diasaskan oleh Sultan Idris untuk membayar nazar kerana baginda telah pulih dari penyakitnya.
Foto: Kwong Hong


Salah sebuah masjid yang utama di Kuala Lumpur. Masjid ini mempunyai seni bina Timur Tengah dan seni bina Melayu. Juga mempunyai pengaruh seni bina Masjid Biru di Istanbul, Turki.

Foto: pjfncs27



Masjid Kristal terletak di kawasan pelancongan Taman Tamadun Islam di Pulau Wan Man, Kuala Terengganu. Merupakan masjid pintar pertama di Malaysia.
Foto: Saharudin Mohd Dan



Masjid Putra menjadi mercu tanda Putrajaya. Terletak bersebelahan dengan Tasik Putrajaya.
Foto: Amai Lordarkmal



Masjid yang terletak di negeri Sabah ini dibuka secara rasmi sempena pengisytiharan Kota Kinabalu sebagai sebuah bandaraya pada 2 Februari 2000.

Lihatlah betapa cantiknya masjid-masjid yang dibina.Adakah masjid-masjid ini dibina untuk menarik pelancong atau untuk digunakan untuk beribadat?

Apa yang kita harapkan adalah supaya Malaysia sentiasa aman.Walaupun berbilang bangsa dan Agama tetapi masih mempunyai sikap bertolak ansur dan bertoleransi.Insya-Allah.